Everyday kte tgk kt tv dkt 15 kes jd tok H1N1...
x taw lak org yg kene 2 org mkn babi ke x..
mintak2 yg kene 2 bkn org islam la...
sdy kot tgk dk2 kck yg kene...
pdhal dorg x reti pn babi2 nh...
nh ak amek tips2 nk jge diri dr H1N1... most important thing... klu dmm ke selsema.. pi la dktor.. mahal skit pn xpee...
Amalkan kebersihan diri:
Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).
4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).
5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.
6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.
9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.
10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.
Panduan ini diterbitkan sepenuhnya seperti disediakan oleh Kementerian Kesihatan di laman webnya 26 Jun 2009.
Saturday, June 27, 2009
H1N1 Selsema BABI!!
Posted by nassar138090 at 8:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sgt bagus........
Post a Comment